SemanisKurma.my

BR1M 2015: Borang Permohonan Pendaftaran Pemohon Baru 4.0


Kerajaan terus menunjukkan keperihatinan terhadap rakyat apabila meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) malah jumlah bantuan itu dinaikkan dan akan dinikmati oleh golongan sasar mengikut syarat kriteria ditetapkan.

Kenaikan kadar BR1M bagi tahun 2015 diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak dalam pembentangan Bajet 2015 yang berlangsung di Parlimen pada 10 Oktober 2014

Justeru itu, rakyat Malaysia yang berkelayakan terus menikmati nilai bantuan BR1M berdasarkan kriteria ditetapkan.

Bantuan Rakyat 1Malaysia pada tahun 2015  juga lebih dikenali sebagai BR1M 4.0 yang merujuk kepada sudah empat kali kerajaan memberi insentif ini kepada rakyat berkelayakan.

Berikut adalah informasi tentang syarat kelayakan dan pemohonan bagi pemohon baru BR1M 4.0 sepertimana yang ditetapkan.





BORANG ONLINE DAN MANUAL PERMOHONAN BR1M 2015 PEMOHON BARU

Permohonan baru merujuk kepada pemohon yang pertama kali memohon BR1M dan juga bagi pemohon BR1M 1.0, 2.0  dan 3.0 yang tidak layak sebelum ini kerana tidak menepati kriteria ditetapkan.

Jadi pada BR1M 2015 ini, jika merasakan layak boleh membuat permohonan melalui cara berikut mulai 1 Disember ini sehingga 31 Disember 2014

Melengkapkan borang permohonan secara online menerusi laman web rasmi BR1M di pautan https://ebr1m.hasil.gov.my

Ataupun secara manual iaitu menggunakan borang yang boleh didapati di:
  • Pejabat Cawangan dan Pusat Khidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri
  • Pejabat Daerah dan Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara
  • Jabatan Pembangunan Persekutuan
  • Jabatan Kebajikan Masyarakat
  • Jabatan Penerangan serta agensi kerajaan
  • Online di laman sesawang www.hasil.gov.my


BAGAIMANA DENGAN PENERIMA BR1M SEBELUM INI?

Penerima BR1M sedia ada, maksudnya sudah disahkan layak atau pernah menerima BR1M 1.0, 2.0, 3.0 tidak perlu mendaftar lagi untuk yang terbaharu ini

Bagaimanapun perlu mengemas kini maklumat peribadi termasuk alamat, maklumat anggota keluarga dan akaun bank jika terdapat perubahan semasa melengkapkan permohonan terdahulu
Kebiasaannya kemaskini dibuat jika terdapat perubahan seperti
  1. Ingin memberikan maklumat akaun bank jika sebelum ini tidak disertakan
  2. Pindaan Alamat
  3. Maklumat Pasangan Atau Tanggungan
icon baru Penerima BR1M kategori Isi Rumah dan Warga Emas, diminta untuk mengemukakan maklumat waris bagi tujuan pembayaran Skim Khairat Kematian

  • Pemohon boleh mengemaskini maklumat tersebut mulai 1 Disember 2014 sehingga 31 Disember secara online melalui Portal Rasmi BR1M LHDNM di pautan https://ebr1m.hasil.gov.my
  • Atau dengan menggunakan borang yang akan diedarkan bermula tarikh BR1M dibuka

Penerima BR1M diminta untuk membuat kemas kini bagi memastikan wang bantuan itu dapat disalurkan kepada penerima mulai tarikh pembayaran seperti yang dinyatakan dengan tepat berdasarkan maklumat terkini

Contoh Surat Pemberitahuan Kemaskini Maklumat BR1M 2015



DISYORKAN 
  • Pemohon baru dan penerima BR1M sebelum ini yang tidak memiliki akaun bank dinasihatkan membuka akaun di cawangan bank berhampiran
  • Saranan itu bertujuan supaya penerima BR1M yang memiliki akaun bank tidak lagi perlu beratur panjang menerima bantuan kewangan itu kerana wang akan disalurkan terus ke akaun bank penerima mengikut peringkat pembayaran
  • Langkah ini juga mempercepatkan penyaluran bantuan kepada penerima di masa depan

Pemohon atau penerima yang mempunyai pertanyaan boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 (LHDNM) atau 03-8882 4565/4566 (Kementerian Kewangan) serta emel ke br1m@treasury.gov.my


Title : BR1M 2015: Borang Permohonan Pendaftaran Pemohon Baru 4.0
Description : Kerajaan terus menunjukkan keperihatinan terhadap rakyat apabila meneruskan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) malah jumlah bantuan itu d...

0 Response to "BR1M 2015: Borang Permohonan Pendaftaran Pemohon Baru 4.0 "

Catat Ulasan

MY SPONSER NUFFNANG

SPEKMURAH